Friday, July 19, 2013

BEBERAPA QAWAID FIQHIYYAH YANG BERPAKSIKAN MAQASID SYARIAH


Di atas dasar Syariah yang menjaga maqasid, maka terdapat banyak Qawaid Fiqhiyyah atau Hukum Am Syariah yang diasaskan dengan Maqasid Syariah, antaranya: 

i-                     Keterpaksaan mengharuskan apa yang diharamkan”.
Contohnya dihalalkan memakan bangkai atau khinzir demi menyelamatkan nyawa.

ii-                  Kesukaran yang melampau boleh mendatangkan hukum yang mudah”.
Contohnya disyariatkan rukhsah-rukhsah seperti boleh meninggalkan puasa ramadhan, menghimpunkan antara dua solat (jamak) dan qasar solat untuk para musafir, pensyariatan fasakh nikah, dan lain-lain.

iii-              Bila terpaksa melakukan salah satu daripada dua mafsadah, maka yang lebih besar risiko perlu dijauhi dengan cara melakukan yang lebih rendah risiko”.
Contohnya diharuskan menceritakan keaiban para perawi hadis (mengumpat) demi menjaga kesahihan hadis. Dibolehkan menceritakan kejahatan orang lain untuk tujuan pendakwaan dan persoalan hukum.

iv-               Perlunya menolak keburukan kepada masyarakat umum sekalipun terpaksa mengenakan keburukan terhadap individu”.
Contohnya, pensyariatan qisas dalam pembunuhan, memotong tangan pencuri, menghalang doktor tidak bertauliah dari membuka klinik swasta dan menyekat ustaz jahil dari berfatwa.

v-                   Tidak boleh sengaja melakukan perkara yang menyusahkan diri sendiri”.
Contohnya tidak boleh qiamullail sepanjang malam dan berpuasa berterusan tanpa berbuka, meninggalkan perkahwinan kerana beribadat semata-mata.

vi-                Tindak tanduk pemerintah terhadap rakyat mestilah berpaksikan kebaikan rakyat”.
Contohnya tidak boleh melaksanakan sesuatu polisi yang menyusahkan rakyat dan harusnya mengawal harga barangan.

No comments:

Post a Comment