Monday, July 22, 2013

KEDUDUKAN WANITA DALAM SOLAT BERJEMAAH

Imam Bagi Jemaah Wanita
Perlu diketahui bahawa terdapat dua keadaan bagi wanita yang mengerjakan solat secara berjemaah. Keadaan pertama ialah apabila imamnya juga seorang wanita, manakala keadaan yang kedua ialah apabila bersembahyang di belakang imam lelaki.
Islam membenarkan seorang muslimah menjadi imam bagi kaum sejenis mereka. Ini dapat difahami daripada sebuah hadis yang menyebut berkenaan fadhilat solat secara berjemaah secara umum, tidak kira lelaki mahupun wanita. Ada direkodkan juga bahawa Saidatina Aisyah dan Ummu Salamah r.a pernah mengimamkan solat kepada sekumpulan wanita di zaman mereka.
Sekiranya sekumpulan wanita ingin menunaikan solat secara berjemaah sesama mereka, maka yang paling berhak menjadi imam ialah yang paling fasih membaca al-Quran. Jika tahap bacaan mereka sama sahaja, maka dikedepankan yang paling mengetahui tentang Sunnah. Seandainya mereka ingin menunaikan solat secara berjemaah di rumah salah seorang daripada mereka pula, maka tuan rumahlah yang paling berhak menjadi imam. Sekiranya tuan rumah mengizinkan bagi selainnya, barulah muslimah yang lain boleh dikedepankan sebagai imam.
Penyusunan ini dibuat berdasarkan kepada sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud: "Hendaklah mengimami sesuatu kaum itu seorang yang paling fasih bacaan al-Quran. Seandainya tahap bacaan mereka semuanya sama, maka yang paling mengetahui tentang Sunnah. Seandainya pengetahuan mereka tentang Sunnah juga sama, maka yang lebih dahulu berhijrah. Seandainya waktu hijrah mereka juga sama, maka yang lebih berusia. Janganlah ada seorang yang mengimamkan solat di dalam rumah orang lain atau di kawasan kekuasaan orang lain, dan janganlah duduk di tempat yang terhormat baginya di rumah tersebut melainkan dengan izin tuannya.” H.R. Muslim (no. 673)
Kedudukan Imam Wanita
Apabila seorang muslimah mengimamkan solat bagi sekumpulan wanita, dia hendaklah berdiri di tengah-tengah saf makmum yang pertama, dan bukannya di saf hadapan mereka. Ini adalah berdasarkan perbuatan Saidatina Aisyah dan Ummu Salamah r.a.
Raithah al-Hanafiyyah menyebut bahawa Aisyah r.a telah mengimami mereka dan berdiri di tengah saf mereka dalam sebuah solat fardhu. Diriwayatkan oleh al-Baihaqi (3/131) dan Daruqutni (1/404).
‘Ammar al-Duhni pula diberitahu oleh Hujairah, iaitu seorang wanita dari kalangan kaumnya, bahawa Ummu Salamah r.a telah mengimamkan solat mereka dan beliau telah berdiri di tengah-tengah saf. Diriwayatkan oleh al-Baihaqi (3/313), Abdul Razak (3/140) dan Daruqutni (1/405) serta dianggap sahih bersandarkan bukti-bukti.
Para muslimah yang menjadi imam bagi jemaah wanita juga diharuskan untuk menyaringkan bacaan di dalam solat berjemaah seperti solat Maghrib, Isyak dan Subuh melainkan sekiranya terdapat lelaki yang bukan mahram bersama mereka.
Kedudukan Makmum Wanita
Sekiranya wanita mengikuti solat secara berjemaah bersama kaum lelaki, mereka hendaklah berdiri di belakang saf para lelaki. Anas bin Malik r.a berkata:"Saya pernah bersembahyang dengan seorang anak yatim di rumah kami di belakang Nabi s.a.w sebagai imam, sedangkan ibu saya iaitu Ummu Sulaim berdiri di belakang kami." H.R al-Bukhari (no. 727) dan Muslim (no. 658)
Justeru itu, para muslimah hendaklah bersembahyang di belakang saf lelaki sekalipun wanita tersebut hanya seorang diri. Berlainan pula sekiranya wanita tersebut berdiri keseorangan di belakang saf wanita, maka hukumnya adalah makruh. (Raudhah al-Thalibin, Jld. 1, hlm. 463)
Seterusnya, adalah tidak harus bagi seorang lelaki untuk solat berdua mengimami seorang wanita sahaja yang bukan mahramnya kerana Rasulullah s.a.w bersabda: "Tidak harus seorang lelaki menyendiri berdua-duaan dengan seorang wanita, kerana yang ketiganya adalah syaitan.” H.R. Tirmizi (no. 1171) dan Ahmad (no. 178) dengan sanad yang sahih.
Walau bagaimanapun seorang lelaki diharuskan mengimami sekumpulan wanita kerana perhimpunan mereka tidak dianggap khulwah atau bersunyi-sunyian. Namun para salaf juga mensyaratkan keharusan tersebut dengan aman daripada fitnah.
Saf Terbaik Bagi Makmum Wanita
Seandainya seorang wanita solat sesama mereka sahaja tanpa seorang lelaki pun maka saf yang paling depan ialah yang terbaik, kemudian diikuti oleh saf-saf yang seterusnya. Sabda Rasulullah s.a.w: "Sesungguhnya Allah S.W.T dan para malaikat-Nya berselawat ke atas saf-saf yang hadapan." H.R. Abu Daud (no. 650), al-Nasa'ie (2/90) dengan sanad yang sahih.
Walau bagaimanapun jika mereka sembahyang berjemaah di belakang saf para lelaki tanpa tabir pemisah, maka sebaik-baik saf ialah yang paling belakang dan seburuk-buruknya ialah yang paling hadapan. H.R Muslim (no. 440), Abu Daud (no. 678), Tirmizi (no. 224) dan  Ibn Majah (no. 1000). Imam Nawawi menyebut bahawa yang dimaksudkan dengan saf yang paling buruk ialah yang paling sedikit fadhilatnya dan paling kurang menepati kehendak syarak. Ini adalah kerana wanita sentiasa dituntut untuk menjauhkan diri daripada percampuran dengan kaum lelaki yang bukan mahram melainkan atas sebab yang darurat atau diharuskan oleh syarak. Justeru itu, dalam keadaan masjid di negera kita yang sudah diletakkan tabirnya, maka tempat yang terbaik bagi wanita ialah pada saf yang paling hadapan kerana sudah terpisah daripada pandangan lelaki.

15 comments:

  1. Kalau sy imamkan anak sedara sy perempuan kanak2. Saf yg patut dia brdiri belah kanan atau kiri ya? Dan saya patut ke depan sedikit tp masih dlm 1 saf kan. Dan kalau dtg lg anak sedara lelaki kanak2. Saf belah mana dan macam mna plak dia kena brdiri?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Makmum sebelah kanan sebaris dgn imam.

      Delete
    2. Makmum sebelah kanan sebaris dgn imam.

      Delete
  2. Kalau sy dan kwn sy hendak menunaikan solat jemaah tetapi tiada imam..adakah boleh atau tidak..??

    ReplyDelete
  3. Jika sekumpulan wanita solat berjamaah di bhgn blkg surau( bhgn wanita) tiba2 ada sekumpulan lelaki masuk dan membuat jamaah di depan...bagaimana hukum solat jamaah wanita tadi?...diteruskan solat?...dibatalkan utk ikut imam jamaah lelaki?

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum. Saya nak tanya, untuk bacaan Alfatihah dan surah bagi imam wanita semasa solat Zuhur dan Asar, perlu dibacakan kuat/nyaring atau tidak? Terima kasih.

    ReplyDelete
  5. Assalamualaikum. Saya nak tanya, untuk bacaan Alfatihah dan surah bagi imam wanita semasa solat Zuhur dan Asar, perlu dibacakan kuat/nyaring atau tidak? Terima kasih.

    ReplyDelete
  6. Bagaimana pula kalau dua orang perempuan solat berjemaah..contoh saya mengimami ibu..adakah kena sebaris atau depan sikit? Kalau depan sikit makmum belah kiri atau kanan?

    ReplyDelete
  7. di belakang kamu sebaris dengan nya

    ReplyDelete
  8. Jika kami ber 4 ingin solat berjemaah bagaimana kedudukan iman dan jemaah yg 3 lagi

    ReplyDelete