Tuesday, July 23, 2013

SOALAN LATIHAN TERKUMPUL (1)

Soalan-soalan terkumpul berikut adalah untuk Bab Satu: 
Konsep-konsep Asas Islam


Topik 1: Islam, Iman dan Ihsan

1.  Pengabdian diri kepada Allah dengan sempurna hanya akan dapat direalisasikan melalui kefahaman seorang muslim terhadap konsep ibadah umum dan ibadah khusus. Huraikan perbezaan antara kedua-duanya berserta contoh-contoh yang sesuai.

2. Bincangkan tentang perkara-perkara yang boleh membatalkan syahadah. Sejauh manakah masyarakat di tempat tinggal anda mengetahuinya?


3.     Islam terdiri daripada tiga asas yang tidak dapat dipisahkan antara satu sama lain iaitu aqidah, syariah dan akhlak. Huraikan mengenai kesepaduan asas-asas Islam tersebut mengikut kefahaman anda.

Topik 2: Tasawwur Islam

1.  Antara ciri-ciri keistimewaan syariat Islam ialah “al-thabat wa al-murunah”. Bincangkan bagaimana ciri tersebut dianggap sebagai ciri yang istimewa bagi syariat Islam dengan mengemukakan contoh-contoh yang sesuai.

2.    Setiap ajaran Islam tertegak di atas konsep "al-tawazun”. Huraikan bentuk-bentuk keseimbangan di dalam Syariat Islam sama ada dalam aspek kepercayaan, perundangan mahu pun nilai.

3.     Terdapat pihak yang mendakwa bahawa undang-undang Islam adalah tidak sesuai untuk diamalkan pada zaman moden, sedangkan ciri utama Islam ialah Waqi’iyyah atau realistik. Bincangkan.


Topik 3: Maqasid Syariah

1.      Perbincangan yang penting dalam ilmu Maqasid Syariah ialah maslahah dan mafsadah, dan kaitan kedua-duanya dengan penentuan hukum-hakam. Bagaimanakah maslahah dan mafsadah itu ditentukan? Jelaskan tentang lima kriteria maslahah pada pandangan syariat.

2.  Secara umumnya maslahah terbahagi kepada tiga peringkat iaitu maslahah daruriyyat, maslahah hajiyyat dan maslahah tahsiniyyat. Kemukakan contoh-contoh yang sesuai bagi setiap peringkat maslahah tersebut sama ada yang berkait dengan hukum taklif atau selainnya.

3.    Berikan contoh-contoh hukum yang telah disyariatkan untuk menjaga agama, nyawa, akal, keturunan dan harta manusia. Mengapakah penjagaan agama itu menjadi maslahah yang paling utama?


Topik 4: Pandangan Semesta Islam

1.     Apakah tujuan di sebalik mengenal, mengkaji dan memahami fenomena alam? Bincangkan dengan membawa contoh-contoh yang berkaitan.

2.  Islam mengemukakan pandangan yang jelas mengenai hubung kait antara Allah, manusia dan alam. Berdasarkan pengetahuan anda tentang pandangan semesta Islam, huraikan secara jelas tentang hubungan manusia dengan Allah dan hubungan manusia dengan  alam. Kemukakan dalil dan hujah yang berkaitan.


Topik5: Epistemologi dan Aksiologi Islam

1.       Berikan pandangan anda tentang proses Islamisasi ilmu.

2.   Bincangkan tentang perbezaan antara sumber epistemologi Islam     dengan epistemologi Barat.

3.   Huraikan mengenai hukum menuntut pelbagai jenis ilmu pengetahuan secara terperinci.

4.  Jelaskan tentang pengertian aksiologi dan bidang-bidang        perbahasannya.

5.       Menurut aksiologi Islam, terdapat perbezaan antara akhlak, moral dan  etika. Bincangkan mengenai perbezaan-perbezaan tersebut.


Topik 6: Konsep Jihad Dalam Islam

1.    Ramai orang tidak memahami pengertian jihad yang sebenar menurut Islam. Jelaskan pengertian jihad tersebut sebagaimana pengertian-pengertian yang telah dikemukakan oleh para ulama.

2.    Bincangkan mengenai kelima-lima jenis jihad sebagaimana yang telah dikategorikan oleh As-Syeikh Sa’id Hawwa.

3.  Pengorbanan merupakan unsur terpenting dalam jihad. Huraikan  bentuk-bentuk pengorbanan yang dilakukan dalam jihad pendidikan.

4.  Jihad merupakan sebaik-baik ibadah yang diwajibkan oleh Allah. Justeru, apakah akibatnya apabila umat Islam mengabaikan jihad?


Topik 7: Kesenian Dalam Islam

1.     Seni boleh melibatkan kelima-lima hukum jika diperincikan.               Bincangkan pernyataan tersebut dengan mengemukakan contoh-contoh yang berkaitan.

2.   Bandingkan antara konsep kesenian Islam dengan konsep kesenian Barat dari sudut falsafah, matlamat dan bidang kedua-duanya. 


Topik 8: Islam Sebagai Peradaban dan Tamadun
1.    Bincangkan tentang cabaran-cabaran yang dihadapi dalam pembinaan tamadun dan peradaban Islam di Malaysia sebelum dan selepas merdeka. 

No comments:

Post a Comment